>

nuffnang

Followers


welcoming wish

Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu dan tunjukkanlah kami kepada jalan ketaatan

Wednesday, November 14, 2012

LUANGKAN MASA SEKEJAP-MEMANFAATKAN WAKTU



Assalamu’alaikum..Hari ni, kita umat Islam menyambut awal Muharam, tahun baru. Aku harap semua orang x lupa baca doa akhir tahun & awal tahun tadi ye..and lagi bagus andainya korang tutup tahun lepas atau mulakan tahun baru dengan bacaan Yaasin..Alhamdulillah aku dan anda-anda semua yang baca post ni, masih lagi dapat bernafas di muka bumi Allah yang serba indah ini. Oklah xmau melalut panjang, malam ni aku nak kongsi serba sedikit ilmu yang aku ada. RUQYAH AL-QURAN DALAM MENANGKIS KEJAHATAN JIN DAN SIHIR @ MANZIL. Okey seram sejuk juga aku taip benda ni, tapi takper ilmu elok kita kongsi yer tak?
Okey sebagai pendahuluan, Al-manzil merupakan beberapa ayat Al-Quran yang telah diajar oleh Rasulullah S.A.W kepada sahabat r.a. sebagai ayat syifa’, ataupun ayat penyembuh/penawar daripada beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani. Ia juga diamalkan sebagai pelindung atau pendinding daripada sihir, guna-guna, dan khianat manusia. Ada 2 cara mengubati pesakit dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran iaitu;
1.       Pesakit sendiri yang membaca ayat-ayat tersebut;
2.       Orang lain boleh membacakan dan menghembuskan ke dalam air dan air tersebut diminum oleh pesakit tersebut.
Jadi, eloklah kita amalkan Al-Manzil untuk perlindungan diri kita daripada benda-benda yang tak elok. Lagi bagus kalau korang amalkan pada waktu pagidan petang iaitu sesudah solat solat subuh dan asar.  Ayat-ayat Manzil terdiri daripada :
1.       Surah Al-Fatihah
2.       Surah Al-Baqarah ayat 1-5, 163, 255, 256, 257, 284, 285, 286
3.       Surah Al-‘Imran ayat 18, 26,27
4.       Surah Al-A’raf ayat 54, 55, 56
5.       Surah Al-Isra’ ayat 110, 111
6.       Surah Al-Mu’minun ayat 115, 116, 117, 118
7.       Surah Al-Saffat ayat 1- 11
8.       Surah Al-Rahman ayat 33-40
9.       Surah Al-Hashr ayat 21-24
10.   Surah Al-Jinn ayat 1-4
11.   Surah Al-Kafirun ayat 1-6
12.   Surah Al-Ikhlas
13.   Surah Al-falaq
14.   Surah Al-Nas
Okey, selamat beramal. Salam awal muharam semua..
Sebelum aku akhiri post ni, aku nak kongsi lirik lagu nyanyian kumpulan Hijjaz,  Pesona Cinta . enjoy ^_^


No comments:

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...