>

nuffnang

Followers


welcoming wish

Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu dan tunjukkanlah kami kepada jalan ketaatan

Thursday, February 3, 2011

mEmOrI SeMaLaM


Jam menunjukkan pukul 11.59 mlm..tika ini, aku menyiapkan tugasan yg aku terima utk disiapkan sepanjang cuti mid-term kali ni.
tiba2 terlintas di kotak fikiranku, tentang bagaimana langkah ini bermula. Gambar yg di 'attach' kan di atas merupakan tempat pertama di mana langkahku bermula. Sekitar tahun 1994, abahku mendaftarkan aku di sebuah Tadika di Sik, Kedah. Masih terbayang lagi di mataku apabila aku menangis tidak mahu ke tadika (hari pertama je la..) hehe. Puas cikgu tadika memujuk ku dengan cerita gajah. hehe. Disini terlalu banyak cerita yg tersimpan. Apabila aku selalu di buli oleh budak lelaki, tetapi lama kelamaan aku suka ke situ memandangkan cikgu nyer baik ja..hehe. Syg sekali aku terlupa nama cikgu ku. Tp, wajah putih bersihnye ttp terpahat kukuh di ingatan. Ketika aku belajar di sini, aku dah pun pndai membaca, so kdg2 aku lah tukang memanggil nama kwn2 yg tertulis dekat kotak pensil warna (colour pencil). Ada sorang kwn aku tu, berambut pendek, aku sangka budak lelaki. Terkejut beruk aku apabila satu hari tue dia pkai skirt pendek berambut kerinting.hehe.
hermm..pastu, aku masuk darjah 1 di S.K.Sik..
sekali lagi aku belajar di tempat yg sama, utk kelas kafa..tp guna kelas tingkat atas..tyme tadika dulu dkt tgkt bwh jer..so aku merasa dua2 tgkt lah.hehehe.tyme ni pon, aku suka sgt..ustzh aku yg kecik comey muka dia tu, suka ajar ktorg nyanyi.mcm2 dia ajar..ad yg aku masih ingat lagi nasyid yg dia ajar. sampai ke iqro' pon dia buat lagu. kalau aku tengok iqro' tu balik, aku reti wat lagu cam ustazah ajar lagi rasanya.hehe.kami penah main kmbing kena tipu ngan musang. tyme t, aku kena belakon jd adk bongsu, coz aku kecik skali.,again!. huhu. besnya imbau kenangan tu balik.....
tyme aku darjah3, aku wakil tilawah SKS, then dpt jumpa ustzh tu balik..coz actually ustzh tu da pindah pas aku darjah 1..tyme tu ustzh tu slh sorg juri aku..pas result kuar, aku diumumkan sbg naib juara, ustzh dtg jumpa aku ucap tahniah..ustazah, terima ksih jugak coz ajar saya baca al-quran..rindunyaaa kt ustazah..dh brape ye umur ustzh sekarang..rasa lama sgt xjumpa, xdpt aku bayangkan muka ustzah sekarang ni, coz dulu ustzh br ja kawin tyme ajar aku..hermm..ustzh, moga ALLAH merahmati ustazah..
ha!!..ada lg 1 kisah psai tempat ni.Actually, tempat ni share 1 pagar ngn masjid Sik. Dulu tyme aku xreti semayang lagi, aku salu datang cni ngn adik aku, Mad. kami salu main aci ligan kt datarn masjid tyme org semayang. Ada 1 hr tue, kami ternampak sebuah kereta park kt dlm masjid tu, n tyme tu, bg mata seorg kanak2, hehe. rasa mcm cantiiiiiik sangat keta tue..kami pon pusing2 keta tu, n aku cakap kt adikku, "Mad, cantiknyaaaaaa keta ni kn2...." pastu kami pon pusing2 la keta tue, melawat la kunun2..tiba2 mcmna tah keta tu bleh bunyi.huhu,gabra abes!!coz tyme tu, tu la 1st tyme kami dengar keta bunyi.hua3!!!lawak gilaaa....
apa lagi, kami ber2 yg bleh dikatakan pakar berlari nih, cbut selipar (coz bila cabut selipar dapat lari lagu laju dari biasa),n pecut sehabis mampu.haha!!kalau ingat balek, mmg meleleh ayaq mata aku, coz lawak habis...haha
hurmm....i miss soo much, to be there again...where the 1st step of my journey begins..
adesss..asemen menanti..to be continue..(^_^')

Wednesday, February 2, 2011


..:Mutiara kata:..

Jangan bangga sangat dengan pakaian yang mahal & cantik, kerana pakaian terakhir kita nanti adalah kain kapan..

Jangan bangga sangat dengan kenderaan mewah, kerana kenderaan terakhir kita adalah van jenazah dan papan keranda..

Janganlah terlalu seronok dengan tempat tidur yang empuk dan nyaman, kerana tempat tidur terakhir kita adalah di liang lahad..

Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki rumah mewah seperti istana, kerana rumah terakhir kita nanti adalah kubur bertiang dua..

Jangan terlalu megah denga pangkat dan darjat, kerana bila sudah tiada nanti, kita dapat gelaran Al-marhum..

Janganlah terlalu bangga dan berlagak dengan wajah yang kacak atau cantik, kerana bila kita mati nanti, wajah itu akan berubah menjadi tengkorak...

~pesanan utk diriku dan dirimu~

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...