Assalamu’alaikum..Hari ni, kita umat Islam
menyambut awal Muharam, tahun baru. Aku harap semua orang x lupa baca doa akhir
tahun & awal tahun tadi ye..and lagi bagus andainya korang tutup tahun
lepas atau mulakan tahun baru dengan bacaan Yaasin..Alhamdulillah aku dan
anda-anda semua yang baca post ni, masih lagi dapat bernafas di muka bumi Allah
yang serba indah ini. Oklah xmau melalut panjang, malam ni aku nak kongsi serba
sedikit ilmu yang aku ada. RUQYAH AL-QURAN DALAM MENANGKIS KEJAHATAN JIN DAN
SIHIR @ MANZIL. Okey seram sejuk juga aku taip benda ni, tapi takper ilmu elok
kita kongsi yer tak?
Okey sebagai pendahuluan, Al-manzil
merupakan beberapa ayat Al-Quran yang telah diajar oleh Rasulullah S.A.W kepada
sahabat r.a. sebagai ayat syifa’, ataupun ayat penyembuh/penawar daripada
beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani. Ia juga diamalkan sebagai pelindung
atau pendinding daripada sihir, guna-guna, dan khianat manusia. Ada 2 cara
mengubati pesakit dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran iaitu;
1.
Pesakit sendiri yang membaca
ayat-ayat tersebut;
2.
Orang lain boleh membacakan dan
menghembuskan ke dalam air dan air tersebut diminum oleh pesakit tersebut.
Jadi, eloklah kita amalkan Al-Manzil untuk
perlindungan diri kita daripada benda-benda yang tak elok. Lagi bagus kalau
korang amalkan pada waktu pagidan petang iaitu sesudah solat solat subuh dan
asar. Ayat-ayat Manzil terdiri daripada
:
1.
Surah Al-Fatihah
2.
Surah Al-Baqarah ayat 1-5, 163,
255, 256, 257, 284, 285, 286
3.
Surah Al-‘Imran ayat 18, 26,27
4.
Surah Al-A’raf ayat 54, 55, 56
5.
Surah Al-Isra’ ayat 110, 111
6.
Surah Al-Mu’minun ayat 115,
116, 117, 118
7.
Surah Al-Saffat ayat 1- 11
8.
Surah Al-Rahman ayat 33-40
9.
Surah Al-Hashr ayat 21-24
10.
Surah Al-Jinn ayat 1-4
11.
Surah Al-Kafirun ayat 1-6
12.
Surah Al-Ikhlas
13.
Surah Al-falaq
14.
Surah Al-Nas
Okey, selamat beramal. Salam awal muharam
semua..
Sebelum aku akhiri post ni, aku nak kongsi lirik lagu nyanyian kumpulan Hijjaz, Pesona Cinta . enjoy ^_^