>

nuffnang

Followers


welcoming wish

Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu dan tunjukkanlah kami kepada jalan ketaatan

Thursday, August 11, 2011

GEMPAK!!

Terkejut sy malam ni..on9 punya on9..terjumpa dis info kt fb kwn..aisy..geram..:(
"PERHATIAN !!!
1. cuba anda buka mane-mane blog kawan korang
contoh : aaaaa.blogspot.com
2. kemudian, buka semula blog kawan anda itu, tapi dengan membuang huruf 's' pada perkataan blogspot
contoh : aaaa.blogpot.com
...
Apa yang terjadi?
sangat penting untuk mengetahuinya..."

owh hati penulis sgt sedehh saat ini......(╥_╥)

Sunday, August 7, 2011

Apam Polkadot Versi Aku~~



Salam semua!! hehe.. entry pasal makan lagi. makan n makan n makan. =) Cuba tengok gambar kat bawah nih.. cute2 kann3?? ni lah hasil tangan ku.hahaha!! perasan ahh kau ni raihan, x cute pon apam hang...kih3... tp okey la kott utk beginner cam sy nih..(ka x ok???) hehe..

hehe.. gambar ni telah diambil secara suka2 okeh.. bkn perasan maupun nk buat iklan. hehehe ;) nk tau x? sy buat yang ni guna sukatan cawan..sy rasa MAYBE lah kann..resipi sy xsma cam yg lain2 coz sukatan sy telah dikurangkan dari sukatan biasa selepas percubaan pertama gagal sama sekali apabila apam yang dikukus xnaekk langsongg!! ha..ni resipi dia.

BAHAN-BAHAN:
1 sudu esen vanilla
*2 biji telur dari peti ais
1 cawan gula halus
*2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil ovalette (make sure yang halal key)
1 sudu kecil baking powder
150ml susu segar
Jem / salunya org guna filling blueberry..tp actually its up to u all lah..kreatip ckett =)
Pewarna mknn (colour yg korang suka)..(Star Brand ke, Bunga Raya ke)

p/s: bahan2 yang ditanda * tu yg beza ckett dr resipi len2

CARA-CARA:
1. Pukul telur putih SAHAJA sampai kembang. Tau x macamana kembang tuh? bukak kamus okeh!! hehe gurau ja jgn terasa =) Kembang tuh bila telur yg dh siap pukul tu tak jatuh walaupun kita tebalikkan mangkuk tuh..

2. Tepung gandum diayak bersama baking powder

3. Kemudian, masukkan ovalette, kuning telur, and esen vanilla - pukul lagi sampai kembang

4. Masukkan gula, pukul dush - dush - dush (gurau jer, mana ada bunyi camtu) lagi smpai kembang..

5. Masukkan tepung, baking powder, selang seli dengan susu (kacau dengan senduk)

6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian and titiskan pewarna

7. Masukkan setiap warna dalam piping bag.. Ha... sy xbeli pon piping bag nih.. xkuasa i nk beli semua.hehe.. Guna je plastik yang size ape tah..(lupa dah). Msukkan lam tu then gunting la ckett kt hujung tue..kecik je tau, nt kalau besar macamana nk dot-dot? kan susah..

8. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas ataupun bleh jugak buh adunan dalam mangkuk kertas guna sudu kecil, kdg2 cara tu mudah lagi.. (pendapat sy jer la tuh..)

9. Letakkan inti --> ada orang guna piping bag, tp sy rasa cam x efektif la jugak. so sy guna sudu kecil =)

10. Picitkan lagi adunan yang sama sampai penuh, pas2 dah bleh dot - dot (part yg paling sy suka. he3)

11. Kukus 10 - 15 minit. tyme dh nk ckup masa tuh, leh perlahan kan api, then baru angkat penutup periuk pengukus tuh..

okey then siap lah projek memasak kali nih..hehe..

Hurm..sumber resipi nih dpt dr pelbagai blog..Jd sy harap tuan2 blog xmarah kott kalau xkredit kt dorg coz bykkk sgtt nih.. Anyway thanks..Hanya ALLAH mampu membalas jasa kalian :-)

Wednesday, August 3, 2011

Ha . . Mari2 jeling resipi TRIFFLE nih . .

Salam you all!! Hehe.. Sy bkn chef okeh, malah xreti sgt la bab masak2 nih.. Cumanya, bende alah nih salu gak ler buat.. coz ianya tersgtlah sedap.. Nyum3~~ tp xdak gambaq tau nk upload kt cni coz xpnh pon telintas nk post kt cni.. Cuma td ada kwn request resipi nih, sy ponn salin ler kt word nk antor kt dia.. Alang-alang tu, publish jer la kt cni kan3... hehe.. okeh, jomm kita tenung2 resipi nih jommm!!

Bahan-bahan:

1 tin Susu cair,

2 sudu tepung kastad

Gula sedikit (setakat nk bagi manis2 buah jer)

1 Kek gulung (tapi biasanya x habis pun guna)

Buah yg dalam tin tu.. (ikut korang la nk beli tin besor ke tin kecik)

Jeli 1 peket

· Tips: jeli and kek gulung tu pilih perasa yg sama, br match rasa dia..

Cara masak:

Masak susu cair dan tepung kastad , dan gula, kacau sampai pekat..jgn stop kacau coz takut berketul..

Kek gulung di potong2 untuk buat tapak dalam bekas. Susun kek gulung kat dalam bekas. (Guna bekas yang korang nak hidangkan bende alah tu nanti)

Tuang susu cair (yang dimasak tadi) atas kek gulung yang disusun dalam bekas tadi..

Pastu, susun buah atas tu, susun la lawa2 bagi jadi cam hiasan..

Pastu masak jeli, ikut arahan tertulis kat plastik/kotak jeli tu yer..hehe

Bila dah masak, biar jeli tu sejuk sedikit, tuang atas kek tadi..jadi lah!hehe.. last step, masukkan dalam peti ais.. Sedap tau mkn sejuk2..

Nk tengok rupa dia sudah masak, google je..=) Tima Kasih coz sudi membaca..






Tuesday, August 2, 2011

Fadhilat Solat Tarawih

Assalamu'alaikum. . sehat??
Harap y' all suma sehat dan bertenaga di Bulan Ramadhan yang mulia ini. . So baru la boleh beribadah dengan jayanya. . tol x??hehehe. . Key, hari ini, I want to share with y' all pasal fadhilat solat taraweh. . Kdg2 tue, org kata bende nih xpenting ponn. . . Tp sy rasa, penting tau. . coz bila kita tau fadhilat dia, semangat nk istiqamah tu otomatik berkobar2 =) okeh. . meh kita baca 1 persatu meh. . . .

MALAM PERTAMA: Sabda Baginda Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam: "Org Mu'min terlepas dari dosanya pada permulaan malam (taraweh) bersih seperti hari dia dilahirkan dari kandungan ibunya". .

MALAM KE-2: Dia diampuni dan juga kedua orang tuanya apabila keduanya mu'min

MALAM KE-3: Ada salah satu Malaikat mengundang dari bawah arasy ; Mulailah bekerja maka ALLAH mengampuni dosamu yang telah lalu

MALAM KE-4: Baginya pahala sebanyak pahala membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur, dan Al- Quran.. kat cni, sy rasa kita refer kepada kitab Al-Quran lah sbb kita umat Nabi Muhammad. .

MALAM KE-5: ALLAH memberi pahala kepadanya seperti pahala orang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram, di Masjidil Madinah, dan di Masjidil Aqso

MALAM KE-6: ALLAH memberi pahala kepadanya seperti pahala orang yang melakukan tawaf di Baitil Ma'mur dan memohonkan ampun pula untuknya semua batu dan tanah liat keras

MALAM KE-7: Seakan-akan dia bertemu dengan Nabi Musa A.S dan membantunya memerangi Fir'aun dan Hamaan

MALAM KE-8: ALLAH Ta'ala memberikan kepadanya seperti apa-apa yang telah diberikan kepada Nabi Ibrahim A.S

MALAM KE-9: Seakan-akan dia telah mengerjakan ibadah sepert ibadahnya Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam

MALAM KE-10: ALLAH memberikan rezeki kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat

key. . smpai cni dulu ye. . i'll post later yg lain2. . Selamat berpuasa dan beribadah okey!! =)

Saturday, July 30, 2011

Salam Ramdhan (^_^)


Sya'aban bakal pergi, Ramadhan pula akan menjelang..i hope u all semangat menyambut ramadhan kali nih..bkn ape, bkn bulan Ramadhan pon masing2 penat dgn tuntutan kerja harian, apatah lagi bulan Ramadhan kann...xpe, bak kata Kak Ros dalam cita Upin & Ipin, x mati punye la puasa sebulan..hehe. di kesempatan ini, i want to wish to u all ;

‎(⁀‵⁀) .
`
´¸.•°*”˜˜”*°•
..
¸.•°*”˜˜”*°•.
/˚ •* ˚ ˚˚ ˛* ˛° * ° ˚ • *˚ .
/
*˛˚ •˚ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK ˚ *
/ \ ˚.
˛ ˚ ˚ ˚* ˛˚ ˚* ˚ ˚



by the way, sy nk kongsi ngn kawan2 sedikit info yg sy dapat tyme belek2 mini library kt my home sweet home..

Puasa nih, ada 3 tingkatan :

1. PUASA UMUM
Puasa kebanyakan umat Islam yang sekadar mampu menghindarkan perut daripada makan, minum, dan menahan keinginan berjimak.

2. PUASA ISTIMEWA
Puasa yang dapat memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara-perkara di atas.

3. PUASA PALING ISTIMEWA
Merangkumi puasa umum dan puasa istimewa. Disempurnakan pula dgn puasa hati daripada semua keinginan lahir dan batin. Inilah puasa tertinggi kedudukannya di sisi ALLAH S.W.T dan merupan amalan puasa para rasul, nabi, para sahabat, para wali, dan golongan ahli ibadah lain.

Renung-renungkanlah dan Selamat beramal..;)




Monday, July 25, 2011

Coret-Coret Hati ♥♥♥


kawan, cinta itu datang tanpa paksaan..cinta itu adalah satu perasaan yang datang dengan gerak hati..bukan kau yang menggerakkan hati untuk bercinta..jika belum masanya, jangan kau paksa cinta itu datang..percayalah, bahagia sentiasa milikmu kawan..

Sunday, July 24, 2011

New Post : Dah lama x update nih..


SALAM!! hehe..setelah sekian lama blog ni x ber update, aku bercadang mahu mengaktifkan balik..coz bila tengok2 blog org lain, hatiku kata "Owh..xsusah rupanya mencantikkan blog nih..." So dari aku menghabiskan masa kat fesbuk sampai kadang2 xtahu nk wat ape kt c2, main game pon dah jemu, game pon dah jemu tgk aku..=.=' baik aku 'cantikkan' blog aku ni..puas rasa hati bila tengok blog cantik..hehe :) aku berharap dapat meng update kan contents die plak lepas ni..so kwn2, leh la kita berkongsi apa yang patut kt blog nih..yihhhaaa!! thanks to all blogger yg menolong secara x langsung dalam memotivate kan aku. hahah! poyos giler...hehe..anyway, i'll stop here. jumpa lagi yabedabeduuuu... ^_~ sekian.


Thursday, February 3, 2011

mEmOrI SeMaLaM


Jam menunjukkan pukul 11.59 mlm..tika ini, aku menyiapkan tugasan yg aku terima utk disiapkan sepanjang cuti mid-term kali ni.
tiba2 terlintas di kotak fikiranku, tentang bagaimana langkah ini bermula. Gambar yg di 'attach' kan di atas merupakan tempat pertama di mana langkahku bermula. Sekitar tahun 1994, abahku mendaftarkan aku di sebuah Tadika di Sik, Kedah. Masih terbayang lagi di mataku apabila aku menangis tidak mahu ke tadika (hari pertama je la..) hehe. Puas cikgu tadika memujuk ku dengan cerita gajah. hehe. Disini terlalu banyak cerita yg tersimpan. Apabila aku selalu di buli oleh budak lelaki, tetapi lama kelamaan aku suka ke situ memandangkan cikgu nyer baik ja..hehe. Syg sekali aku terlupa nama cikgu ku. Tp, wajah putih bersihnye ttp terpahat kukuh di ingatan. Ketika aku belajar di sini, aku dah pun pndai membaca, so kdg2 aku lah tukang memanggil nama kwn2 yg tertulis dekat kotak pensil warna (colour pencil). Ada sorang kwn aku tu, berambut pendek, aku sangka budak lelaki. Terkejut beruk aku apabila satu hari tue dia pkai skirt pendek berambut kerinting.hehe.
hermm..pastu, aku masuk darjah 1 di S.K.Sik..
sekali lagi aku belajar di tempat yg sama, utk kelas kafa..tp guna kelas tingkat atas..tyme tadika dulu dkt tgkt bwh jer..so aku merasa dua2 tgkt lah.hehehe.tyme ni pon, aku suka sgt..ustzh aku yg kecik comey muka dia tu, suka ajar ktorg nyanyi.mcm2 dia ajar..ad yg aku masih ingat lagi nasyid yg dia ajar. sampai ke iqro' pon dia buat lagu. kalau aku tengok iqro' tu balik, aku reti wat lagu cam ustazah ajar lagi rasanya.hehe.kami penah main kmbing kena tipu ngan musang. tyme t, aku kena belakon jd adk bongsu, coz aku kecik skali.,again!. huhu. besnya imbau kenangan tu balik.....
tyme aku darjah3, aku wakil tilawah SKS, then dpt jumpa ustzh tu balik..coz actually ustzh tu da pindah pas aku darjah 1..tyme tu ustzh tu slh sorg juri aku..pas result kuar, aku diumumkan sbg naib juara, ustzh dtg jumpa aku ucap tahniah..ustazah, terima ksih jugak coz ajar saya baca al-quran..rindunyaaa kt ustazah..dh brape ye umur ustzh sekarang..rasa lama sgt xjumpa, xdpt aku bayangkan muka ustzah sekarang ni, coz dulu ustzh br ja kawin tyme ajar aku..hermm..ustzh, moga ALLAH merahmati ustazah..
ha!!..ada lg 1 kisah psai tempat ni.Actually, tempat ni share 1 pagar ngn masjid Sik. Dulu tyme aku xreti semayang lagi, aku salu datang cni ngn adik aku, Mad. kami salu main aci ligan kt datarn masjid tyme org semayang. Ada 1 hr tue, kami ternampak sebuah kereta park kt dlm masjid tu, n tyme tu, bg mata seorg kanak2, hehe. rasa mcm cantiiiiiik sangat keta tue..kami pon pusing2 keta tu, n aku cakap kt adikku, "Mad, cantiknyaaaaaa keta ni kn2...." pastu kami pon pusing2 la keta tue, melawat la kunun2..tiba2 mcmna tah keta tu bleh bunyi.huhu,gabra abes!!coz tyme tu, tu la 1st tyme kami dengar keta bunyi.hua3!!!lawak gilaaa....
apa lagi, kami ber2 yg bleh dikatakan pakar berlari nih, cbut selipar (coz bila cabut selipar dapat lari lagu laju dari biasa),n pecut sehabis mampu.haha!!kalau ingat balek, mmg meleleh ayaq mata aku, coz lawak habis...haha
hurmm....i miss soo much, to be there again...where the 1st step of my journey begins..
adesss..asemen menanti..to be continue..(^_^')

Wednesday, February 2, 2011


..:Mutiara kata:..

Jangan bangga sangat dengan pakaian yang mahal & cantik, kerana pakaian terakhir kita nanti adalah kain kapan..

Jangan bangga sangat dengan kenderaan mewah, kerana kenderaan terakhir kita adalah van jenazah dan papan keranda..

Janganlah terlalu seronok dengan tempat tidur yang empuk dan nyaman, kerana tempat tidur terakhir kita adalah di liang lahad..

Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki rumah mewah seperti istana, kerana rumah terakhir kita nanti adalah kubur bertiang dua..

Jangan terlalu megah denga pangkat dan darjat, kerana bila sudah tiada nanti, kita dapat gelaran Al-marhum..

Janganlah terlalu bangga dan berlagak dengan wajah yang kacak atau cantik, kerana bila kita mati nanti, wajah itu akan berubah menjadi tengkorak...

~pesanan utk diriku dan dirimu~

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...