>

nuffnang

Followers


welcoming wish

Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu dan tunjukkanlah kami kepada jalan ketaatan

Wednesday, February 2, 2011


..:Mutiara kata:..

Jangan bangga sangat dengan pakaian yang mahal & cantik, kerana pakaian terakhir kita nanti adalah kain kapan..

Jangan bangga sangat dengan kenderaan mewah, kerana kenderaan terakhir kita adalah van jenazah dan papan keranda..

Janganlah terlalu seronok dengan tempat tidur yang empuk dan nyaman, kerana tempat tidur terakhir kita adalah di liang lahad..

Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki rumah mewah seperti istana, kerana rumah terakhir kita nanti adalah kubur bertiang dua..

Jangan terlalu megah denga pangkat dan darjat, kerana bila sudah tiada nanti, kita dapat gelaran Al-marhum..

Janganlah terlalu bangga dan berlagak dengan wajah yang kacak atau cantik, kerana bila kita mati nanti, wajah itu akan berubah menjadi tengkorak...

~pesanan utk diriku dan dirimu~

No comments:

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...