Assalamu’alaikum.. ღ
Harini tajuk artikel I tentang kehidupan laki bini plak.
Acewah! Hehe x sampai setahun lagi pun kawen ada hati kan nk share kehidupan
laki bini ni kan? Heh~
Last week, bila husband I sibuk online malam-malam, jadi
malas plak nak kacau dia. So saya baca 1 buku Motivasi hadiah dari kawan
sempena perkahwinan saya dan husband januari lalu. Kisah ni dipetik dari tajuk
tenteng “Fitrah lelaki dan wanita”
Isteri : Saya bahagia
sangat dengan suami saya, semua benda yang saya cakap, dia ikut.
Pendek
kata, xpayah susah-susah nak bertekak pasal hal-hal rumah tangga ni.
Ni lah kata-kata seorang perempuan kepada pakar motivasi
a.k.a penulis buku nih.
Pakar Motivasi : Alhamdulillah, tapi boleh saya jumpa suami
Puan? Mungkin saya boleh kongsi pengalaman Puan dan suami dengan orang lain,
tentang bagaimana mengekalkan rumah tangga tanpa pergaduhan.
Isteri : Tu haa suami saya, encik boleh lah jumpa dia (sambil
tersenyum)
Lalu penulis buku ini terus pergi ke arah yang ditunjuk oleh
Puan tadi. Pelik, kata hatinya. Kenapa lelaki ini mengesat air mata?
Pakar Motivasi : Encik, Assalamu’alaikum..boleh kita
berbual?
Suami : Ye wa’alaikumussalam..Encik, saya sedih sangat.
Selama ni saya ikut je cakap isteri saya, rupa-rupanya baru saya sedar yang
saya telah mengorbankan fitrah lelaki saya. Sebelum ini, semuanya saya ikut jer
sebb saya nak tengok dia bahagia.
Ending of the story, penulis buku ni menerangkan yang fitrah
kejadian lelaki dan wanita sememangnya tak sama, dan tak akan sama. Nasihat
penulis dalam buku nie, Buka Mata seluasnya sebelum kahwin, dan Tutup Mata
separuh selepas kawen. Maksud penulis, jangan tukar fitrah pasangan hidup anda,
tetapi terimalah dia seadanya. Andai anda ubah diri pasangan anda, maknanya anda
sedang hidup dengan ‘orang lain’, bukan lagi pasangan anda yang anda jatuh
cinta. Ok Babai!!
"A perfect Marriage is not when a perfect couple comes together, but when imperfect couples live together and make their self to complete each other"
No comments:
Post a Comment