>

nuffnang

Followers


welcoming wish

Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu dan tunjukkanlah kami kepada jalan ketaatan

Saturday, October 20, 2012

TANAH! Asal Usul setiap manusia



BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS 

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.
Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
” Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu.”
Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.
Lalu Allah berfirman: “Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia.”
Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: “Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha’if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.
11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13.Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.
4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah- Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya adalah di:
1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera:
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.
Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.
Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.
Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.
Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.
Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan
Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :”Yarhamukallah”
yang membawa erti: “Semoga engkau diberi rahmat Allah”. Oleh kerana itu jika
orang bersin, menjadi sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan “Yarhamukallah” .
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
“Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa” .(Al-Israk: II)
Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap
sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.
Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)

**copy paste dr yahoo

Thursday, October 18, 2012

Motivasi Untuk yg Bergelar Student



Teringat kenangan masa belajar di UIA. Sudah 2 minggu berlalu hari konvokesyen yg sgt bermakna dlm hidupku.. Ehem!! Bukan nk ckp pasal diri aku..hehe
Today saya nk kongsi serba sedikit tips untuk adik2 yg masih lagi berjuang x kira lah di alam persekolahan, di alam university dan sebagainya..KHAS UNTUK ANDA SEMUA YG BERGELAR PELAJAR!

Selalu terdengar rungutan2 dr student2: “argghhh!!bencinya aku ngn semua ni..apesal aku kena belajar? Amik exam?” x kurang juga yg merungut begini :”Ala, nanti aku nk kija bukan guna pun subjek bla bla bla tu, menyusahkan je” n mcm2 lg lah..
Aku x nafikan, x semua yang kita belajar tu akan diguna kan time kita dah kerja nanti..contohnya, aku kt university dulu aku ambik civil laws, n mmg x dinafikan belajar laws di UIA sgt mencabar SEBAB ---- > byk kena ambik subjek yg xda kaitan ngn alam pekerjaan saya. Kena belajar mcm2 cthnya: Islamic Legal System, Usul Fiqh, Transactions in Islamic Law, emmm mcm2 lg lah…buang masa je senarai semua. (nk gtau contoh jer) ^_~ tapi saya rasa enjoy je belajar..

SEBAB-----> korang xrasa untung ke bila belajar lebih dr org lain? Mesti la untung. Yg jadi pandai diri sendiri jugak.minda pun terbukak, xde la bosan sgt belajar civil law je kan..byk tau advantage dia. Contohnya: Bila org yg blajar kos agama berbual bab2 ni, korang pon boleh jugak bg pandangan sbb korang pun belajar kan? Korang xkan mudah tertipu sbb korang pon tau bende tu kan? Ha..untung diri sendiri kan..

Dulu time saya jd student, saya bukan lah student yg rajin. Tp dek kerana rezeki, saya diterima untuk belajar di UIAM Gombak dlm jurusan Undang-Undang. Alhamdulillah..emm sabar2! Teruskan membaca..nk bg motivasi ckit neh kpd yg rasa rendah diri di luar sana tu..kt sana, semua org pintar2, pandai2.dek kerana selalu ketinggalan time di alam Matrik, saya mengubah persepsi saya ketika di tahun pertama ijazah undang-undang. Hasil berkat usaha saya, saya berjaya “berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah” dengan orang lain. Time tu, baru saya sedar, yang semua org mampu raih kejayaan dgn cara sendiri, sama ada nak ke x. in addition, SPM bukan penentu segalanya. Kalau adik2 di luar sana yg kecundang time SPM, teruskan usaha SEBAB -> Kegagalan itu adalah kejayaan yang tertunda. Jadi, sabar..jangan putus usaha. Semua benda yg berlaku bersebab. Allah lebih mengetahui..saya tahu sbb saya pernah lalui fasa itu..hari ini, Alhamdulillah saya bakal menjadi apa yg saya idam-idamkan sejak saya berumur 9 tahun—Lawyer to be. (sbb akrg aku masih dlm chambering 9 bulan)

You must remember, you’re what you think. Kalau nk berjaya, kena angan2 dulu..letakkan 1 matlamat yg ada tempoh/had masa. X kisah la apa org pikir, sbb kejayaan tu aku bukan nk canang 1 dunia, tp aku nak untuk banggakan umi & abah, n juga diri aku..

Pesanan saya untuk yang selalu bernasib baik dlm pelajaran, which is salu result pon gempak, success, ranking tip-top selalu, jgn rasa diri sendiri tu best sgt (oppss terkasar plak bahasa hehe) sbb kdg2 awak je perasan rasa orang lain semua duduk kt bawah..walhal, lagi ramai yg lebih hebat dr awak Cuma org pandai ni bukan jenis canang satu dunia J . jangan sekali-kali pandang rendah kt org lain yg terkebelakang sikit, sebab Allah nak tarik sesuatu yang menjadi milik kita (cthnya otak yg bijak) sekejap je..mudah2 je u’ll lost everything..yg ni pun saya ckp berdasarkan pengalaman.

Oklah, sampai sini dulu..Assalamu’alaikum…

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...