>

nuffnang

Followers


welcoming wish

Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu dan tunjukkanlah kami kepada jalan ketaatan

Wednesday, December 8, 2010

Mendidik anak dalam kandungan




"tingkah laku dan perasaan ibu semasa mengandung m'bawa

impak yg besar t'hadap watak dan p'watakan anak dalam kandungan"


SIKAP IBU BAPA KETIKA MENGANDUNG & IMPAK TERHADAP PERIBADI ANAK

1. Ibu bapa yg sering bergaduh -> Anak menjadi ganas dan panas baran

2. Ibu bapa sering bersedekah -> Hati anak akan lembut

3. Ibu mengidam benda pelik -> Petanda tidak baik terhadap sikap anak

3. Ibu tidak meninngalka solat -> Anak mudah mendapat hidayah

4. Ibu bermain kayu tiga atau melakukan maksiat -> Anak menjadi penderhaka dan gemar melakukan maksiat

5. Ibu sering membaca Al-Quran -> Dapat anak yg bijak

6. Ibu mengawal emosi -> Anak soleh dan pandai mengawal keadaan


SURAH BACAAN KETIKA MENGANDUNG

1. Surah al-fatihah -> untuk terang hati dan kuat ingatan

2. Surah Maryam -> untuk mempermudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yg taat dan sabar

3. Surah Luqman -> untuk memperoleh anak cerdik akal dan jiwa

4. Surah Yusuf -> jeng jeng jeng...cam biasa la, untuk memperoleh anak cantik rupa dan akhlak

5. Surah Yasin -> untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dgn godaan syaitan yg mengajak kpd maksiat

6. Surah al-Tawbah -> untuk m'bersihkan jiwa dan terpelihara dpd maksiat

7. Surah al-Nahl -> untuk melahirkan anak yg berdisiplin..

Melihat Tanpa Bertemu..

Seorang pengembala tua sedang mencari-cari kerbaunya yg hilang. Puas dicarinya di merata-rata tempat, namun kerbaunya masih belum ditemui. Dia bertembung dengan seorang budak yg sedang memancing.
Pengembala itu pun bertanya: "Ada kau nampak kerbau pakcik yg hilang?
"Oh, kerbau pakcik yg buta matanya disebelah kiri tu ya?" tanya budak itu.
"Ya, ya...." Jawab pakcik itu dengan cepat.
"Rasanya kerbau pakcik itu dah tua..." tambah budak itu lagi.
"Betul, betul...kerbau pakcik memang sudah tua. Kau ada jumpa dia?"
"Kerbau pakcik itu tempang kaki kanannya yang disebelah hadapan bukan?"
"Betul. Betul. Tunjukkan kerbau pakcik itu dimana?"
"Maaf pakcik, saya tak jumpa kerbau pakcik..." kata budak itu.
"Kau jg main-main, mmg itulah kerbau pakcik.Kerbau pakcik mmg dah tua, tempang kakinya, dan buta sebelah mata kanannya. Jgn bergurau, pakcik nak cepat nie...."
"Betul pakcik, saya tak nmpak kerbau pakcik..."balas budak itu lagi.
"Kalau kau tak jumpa, macamana kau tahu sifat kerbau pakcik?"
Budak itu tersenyum. "Macam ni..." kata budak itu lalu membawa pengembala itu ke tepi belukar.
"Tengok rumput-rumput ini, ia telah diragut oleh kerbau pakcik. Ini kesan ragutannya..." Budak itu menunjukkan kesan ragutan pada rumput-rumput hijau tersebut.
"Ya, mmg ini kesan ragutan. Tp macamana kau pasti ini kesan ragutam kerbau pakcik?Bukan kerbau lain?
"Cuba pakcik lihat betul-betul, semua rumput yg diragutnya adalah yg disebelah kiri. Itu menunjukkan kerbau itu buta mata kanannya. Kesan ragutannya pula tidak sekata. Maenunjukkan giginya sudah jarang atau ada yg patah..ertinya kerbau ini telah tua. Dan tengok pula kesan tapak kakinya.Kesan tapak kaki hadapan sebelah kanannya berbeza dengn tapak-tapak kakinya yang lain. Ia kelihata seperti diseret, ada ketikanya tak ada langsung.Itu menunjukkan kerbau itu tempang...

PENGAJARAN: Tidak semestinya kita perlu nampak sesuatu untuk kita menerima kewujudannya. Ada waktunya keyakinan dapat dicapai hanya dengan melihat tanda-tandanya. Begitulah Allah, kita tidak perlu melihat-NYA dengan mata untk mengakui keagungan-Nya.Cukup dgn melihat ciptaan-Nya!
*petikan dr SOLUSI

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...