>

nuffnang

Followers


welcoming wish

Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu dan tunjukkanlah kami kepada jalan ketaatan

Thursday, August 6, 2009

Salam..di hari jum'at yang mulia ni, sy nak kongsi la ckit2 ilmu yang saya ader nih..xbanyak pon..tp nak jugak share..hehe..


"KETAHUiLAH ADA CINTA YANG TIDAK BERSANDARKAN FIZIKAL SEMATA-MATA, TETAPI IA TETAP SUCI DAN MENYUCIKAN.."
So, kalau jatuh hati dengan seseorang jgnlah berdasarkan fizikal semata-mata..ianya rugi dan merugikan..
minatlah seseorang berdasarkan sikapnya, kerana sikapnya lah yang akan membahagiakan kita..
bukan rupanya yang 'handsome' ataupun kacak.(^_^)
"yang dicari walau bukan putra raja,
biarlah putra agama..
yang diimpi biarlah x punya rupa,
asal sedap dipandang mata..
yang diharap bukan jihad pada semngat,
asal perjuangannya ada matlamat..
yang dinanti bukan lamaran dgn permata,
cukuplah akad dan janji setia..
dan yg akan terjadi andai xsama dgn kehendak hatiku,
aku redha ketetapan ilahi.."

KALAU JUMPA HANTU, JANGANLAH LARI!! Cubalah petua ini (^_^)

POCONG
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa-apa pu, selain kain kapan pembungkusnya tu.
HANTU GALAH
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada di situ.
LANGSUIR
Dia ni suka pandang muka kita. Jadi, beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun, tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

PONTIANAK
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.
HANTU RAYA
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya, senang aje, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.
JERANGKUNG
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

TOYOL
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni.
Nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya..lepas tu sah-sah la dapat penampar Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu..
hehe..jangan mare yek..(^_^)
~raihan wardah~

..:RAHSIA DAHI ANDA:..

DAHI JENDOL
Dahinya agak luas dan seolah-olah benjol ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik! Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahla dahi tu jendol, tentu agak ‘buruk’ rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia di sebalik bentuk dahi itu?
Sebenarnya si Jendol ini mempunyai keistimewaan t’sendiri. Dahi Jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat berat. Selain itu, mereka juga pandai bergaul dan menempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi seperti ini, mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai…untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ini. Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi, kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebab itulah mereka perlukan dorongan!
DAHI SEMPIT
Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak ‘mati’ kalau hidup sorang-sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak sempit! Kamu yang memeliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!

DAHI LEBAR
Wah! Saiz dahinya agak ‘lapang’ dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak ‘lebar’ di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suke memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal ‘simpan menyimpan’ ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Baguslah tu, sebagai jaminan masa depan.
DAHI BERSEGI
Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah / pejabat. Kelemahan diri mereka pula, mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai…pilih bulu nampak?? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku.
~raihan wardah~

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...