>

nuffnang

Followers


welcoming wish

Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu dan tunjukkanlah kami kepada jalan ketaatan

Saturday, July 30, 2011

Salam Ramdhan (^_^)


Sya'aban bakal pergi, Ramadhan pula akan menjelang..i hope u all semangat menyambut ramadhan kali nih..bkn ape, bkn bulan Ramadhan pon masing2 penat dgn tuntutan kerja harian, apatah lagi bulan Ramadhan kann...xpe, bak kata Kak Ros dalam cita Upin & Ipin, x mati punye la puasa sebulan..hehe. di kesempatan ini, i want to wish to u all ;

‎(⁀‵⁀) .
`
´¸.•°*”˜˜”*°•
..
¸.•°*”˜˜”*°•.
/˚ •* ˚ ˚˚ ˛* ˛° * ° ˚ • *˚ .
/
*˛˚ •˚ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK ˚ *
/ \ ˚.
˛ ˚ ˚ ˚* ˛˚ ˚* ˚ ˚



by the way, sy nk kongsi ngn kawan2 sedikit info yg sy dapat tyme belek2 mini library kt my home sweet home..

Puasa nih, ada 3 tingkatan :

1. PUASA UMUM
Puasa kebanyakan umat Islam yang sekadar mampu menghindarkan perut daripada makan, minum, dan menahan keinginan berjimak.

2. PUASA ISTIMEWA
Puasa yang dapat memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada melakukan dosa selain menahan diri daripada perkara-perkara di atas.

3. PUASA PALING ISTIMEWA
Merangkumi puasa umum dan puasa istimewa. Disempurnakan pula dgn puasa hati daripada semua keinginan lahir dan batin. Inilah puasa tertinggi kedudukannya di sisi ALLAH S.W.T dan merupan amalan puasa para rasul, nabi, para sahabat, para wali, dan golongan ahli ibadah lain.

Renung-renungkanlah dan Selamat beramal..;)




Monday, July 25, 2011

Coret-Coret Hati ♥♥♥


kawan, cinta itu datang tanpa paksaan..cinta itu adalah satu perasaan yang datang dengan gerak hati..bukan kau yang menggerakkan hati untuk bercinta..jika belum masanya, jangan kau paksa cinta itu datang..percayalah, bahagia sentiasa milikmu kawan..

Sunday, July 24, 2011

New Post : Dah lama x update nih..


SALAM!! hehe..setelah sekian lama blog ni x ber update, aku bercadang mahu mengaktifkan balik..coz bila tengok2 blog org lain, hatiku kata "Owh..xsusah rupanya mencantikkan blog nih..." So dari aku menghabiskan masa kat fesbuk sampai kadang2 xtahu nk wat ape kt c2, main game pon dah jemu, game pon dah jemu tgk aku..=.=' baik aku 'cantikkan' blog aku ni..puas rasa hati bila tengok blog cantik..hehe :) aku berharap dapat meng update kan contents die plak lepas ni..so kwn2, leh la kita berkongsi apa yang patut kt blog nih..yihhhaaa!! thanks to all blogger yg menolong secara x langsung dalam memotivate kan aku. hahah! poyos giler...hehe..anyway, i'll stop here. jumpa lagi yabedabeduuuu... ^_~ sekian.


Thursday, February 3, 2011

mEmOrI SeMaLaM


Jam menunjukkan pukul 11.59 mlm..tika ini, aku menyiapkan tugasan yg aku terima utk disiapkan sepanjang cuti mid-term kali ni.
tiba2 terlintas di kotak fikiranku, tentang bagaimana langkah ini bermula. Gambar yg di 'attach' kan di atas merupakan tempat pertama di mana langkahku bermula. Sekitar tahun 1994, abahku mendaftarkan aku di sebuah Tadika di Sik, Kedah. Masih terbayang lagi di mataku apabila aku menangis tidak mahu ke tadika (hari pertama je la..) hehe. Puas cikgu tadika memujuk ku dengan cerita gajah. hehe. Disini terlalu banyak cerita yg tersimpan. Apabila aku selalu di buli oleh budak lelaki, tetapi lama kelamaan aku suka ke situ memandangkan cikgu nyer baik ja..hehe. Syg sekali aku terlupa nama cikgu ku. Tp, wajah putih bersihnye ttp terpahat kukuh di ingatan. Ketika aku belajar di sini, aku dah pun pndai membaca, so kdg2 aku lah tukang memanggil nama kwn2 yg tertulis dekat kotak pensil warna (colour pencil). Ada sorang kwn aku tu, berambut pendek, aku sangka budak lelaki. Terkejut beruk aku apabila satu hari tue dia pkai skirt pendek berambut kerinting.hehe.
hermm..pastu, aku masuk darjah 1 di S.K.Sik..
sekali lagi aku belajar di tempat yg sama, utk kelas kafa..tp guna kelas tingkat atas..tyme tadika dulu dkt tgkt bwh jer..so aku merasa dua2 tgkt lah.hehehe.tyme ni pon, aku suka sgt..ustzh aku yg kecik comey muka dia tu, suka ajar ktorg nyanyi.mcm2 dia ajar..ad yg aku masih ingat lagi nasyid yg dia ajar. sampai ke iqro' pon dia buat lagu. kalau aku tengok iqro' tu balik, aku reti wat lagu cam ustazah ajar lagi rasanya.hehe.kami penah main kmbing kena tipu ngan musang. tyme t, aku kena belakon jd adk bongsu, coz aku kecik skali.,again!. huhu. besnya imbau kenangan tu balik.....
tyme aku darjah3, aku wakil tilawah SKS, then dpt jumpa ustzh tu balik..coz actually ustzh tu da pindah pas aku darjah 1..tyme tu ustzh tu slh sorg juri aku..pas result kuar, aku diumumkan sbg naib juara, ustzh dtg jumpa aku ucap tahniah..ustazah, terima ksih jugak coz ajar saya baca al-quran..rindunyaaa kt ustazah..dh brape ye umur ustzh sekarang..rasa lama sgt xjumpa, xdpt aku bayangkan muka ustzah sekarang ni, coz dulu ustzh br ja kawin tyme ajar aku..hermm..ustzh, moga ALLAH merahmati ustazah..
ha!!..ada lg 1 kisah psai tempat ni.Actually, tempat ni share 1 pagar ngn masjid Sik. Dulu tyme aku xreti semayang lagi, aku salu datang cni ngn adik aku, Mad. kami salu main aci ligan kt datarn masjid tyme org semayang. Ada 1 hr tue, kami ternampak sebuah kereta park kt dlm masjid tu, n tyme tu, bg mata seorg kanak2, hehe. rasa mcm cantiiiiiik sangat keta tue..kami pon pusing2 keta tu, n aku cakap kt adikku, "Mad, cantiknyaaaaaa keta ni kn2...." pastu kami pon pusing2 la keta tue, melawat la kunun2..tiba2 mcmna tah keta tu bleh bunyi.huhu,gabra abes!!coz tyme tu, tu la 1st tyme kami dengar keta bunyi.hua3!!!lawak gilaaa....
apa lagi, kami ber2 yg bleh dikatakan pakar berlari nih, cbut selipar (coz bila cabut selipar dapat lari lagu laju dari biasa),n pecut sehabis mampu.haha!!kalau ingat balek, mmg meleleh ayaq mata aku, coz lawak habis...haha
hurmm....i miss soo much, to be there again...where the 1st step of my journey begins..
adesss..asemen menanti..to be continue..(^_^')

Wednesday, February 2, 2011


..:Mutiara kata:..

Jangan bangga sangat dengan pakaian yang mahal & cantik, kerana pakaian terakhir kita nanti adalah kain kapan..

Jangan bangga sangat dengan kenderaan mewah, kerana kenderaan terakhir kita adalah van jenazah dan papan keranda..

Janganlah terlalu seronok dengan tempat tidur yang empuk dan nyaman, kerana tempat tidur terakhir kita adalah di liang lahad..

Jangan pula ego dan bongkak kerana mampu memiliki rumah mewah seperti istana, kerana rumah terakhir kita nanti adalah kubur bertiang dua..

Jangan terlalu megah denga pangkat dan darjat, kerana bila sudah tiada nanti, kita dapat gelaran Al-marhum..

Janganlah terlalu bangga dan berlagak dengan wajah yang kacak atau cantik, kerana bila kita mati nanti, wajah itu akan berubah menjadi tengkorak...

~pesanan utk diriku dan dirimu~

Wednesday, December 8, 2010

Mendidik anak dalam kandungan




"tingkah laku dan perasaan ibu semasa mengandung m'bawa

impak yg besar t'hadap watak dan p'watakan anak dalam kandungan"


SIKAP IBU BAPA KETIKA MENGANDUNG & IMPAK TERHADAP PERIBADI ANAK

1. Ibu bapa yg sering bergaduh -> Anak menjadi ganas dan panas baran

2. Ibu bapa sering bersedekah -> Hati anak akan lembut

3. Ibu mengidam benda pelik -> Petanda tidak baik terhadap sikap anak

3. Ibu tidak meninngalka solat -> Anak mudah mendapat hidayah

4. Ibu bermain kayu tiga atau melakukan maksiat -> Anak menjadi penderhaka dan gemar melakukan maksiat

5. Ibu sering membaca Al-Quran -> Dapat anak yg bijak

6. Ibu mengawal emosi -> Anak soleh dan pandai mengawal keadaan


SURAH BACAAN KETIKA MENGANDUNG

1. Surah al-fatihah -> untuk terang hati dan kuat ingatan

2. Surah Maryam -> untuk mempermudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yg taat dan sabar

3. Surah Luqman -> untuk memperoleh anak cerdik akal dan jiwa

4. Surah Yusuf -> jeng jeng jeng...cam biasa la, untuk memperoleh anak cantik rupa dan akhlak

5. Surah Yasin -> untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dgn godaan syaitan yg mengajak kpd maksiat

6. Surah al-Tawbah -> untuk m'bersihkan jiwa dan terpelihara dpd maksiat

7. Surah al-Nahl -> untuk melahirkan anak yg berdisiplin..

Melihat Tanpa Bertemu..

Seorang pengembala tua sedang mencari-cari kerbaunya yg hilang. Puas dicarinya di merata-rata tempat, namun kerbaunya masih belum ditemui. Dia bertembung dengan seorang budak yg sedang memancing.
Pengembala itu pun bertanya: "Ada kau nampak kerbau pakcik yg hilang?
"Oh, kerbau pakcik yg buta matanya disebelah kiri tu ya?" tanya budak itu.
"Ya, ya...." Jawab pakcik itu dengan cepat.
"Rasanya kerbau pakcik itu dah tua..." tambah budak itu lagi.
"Betul, betul...kerbau pakcik memang sudah tua. Kau ada jumpa dia?"
"Kerbau pakcik itu tempang kaki kanannya yang disebelah hadapan bukan?"
"Betul. Betul. Tunjukkan kerbau pakcik itu dimana?"
"Maaf pakcik, saya tak jumpa kerbau pakcik..." kata budak itu.
"Kau jg main-main, mmg itulah kerbau pakcik.Kerbau pakcik mmg dah tua, tempang kakinya, dan buta sebelah mata kanannya. Jgn bergurau, pakcik nak cepat nie...."
"Betul pakcik, saya tak nmpak kerbau pakcik..."balas budak itu lagi.
"Kalau kau tak jumpa, macamana kau tahu sifat kerbau pakcik?"
Budak itu tersenyum. "Macam ni..." kata budak itu lalu membawa pengembala itu ke tepi belukar.
"Tengok rumput-rumput ini, ia telah diragut oleh kerbau pakcik. Ini kesan ragutannya..." Budak itu menunjukkan kesan ragutan pada rumput-rumput hijau tersebut.
"Ya, mmg ini kesan ragutan. Tp macamana kau pasti ini kesan ragutam kerbau pakcik?Bukan kerbau lain?
"Cuba pakcik lihat betul-betul, semua rumput yg diragutnya adalah yg disebelah kiri. Itu menunjukkan kerbau itu buta mata kanannya. Kesan ragutannya pula tidak sekata. Maenunjukkan giginya sudah jarang atau ada yg patah..ertinya kerbau ini telah tua. Dan tengok pula kesan tapak kakinya.Kesan tapak kaki hadapan sebelah kanannya berbeza dengn tapak-tapak kakinya yang lain. Ia kelihata seperti diseret, ada ketikanya tak ada langsung.Itu menunjukkan kerbau itu tempang...

PENGAJARAN: Tidak semestinya kita perlu nampak sesuatu untuk kita menerima kewujudannya. Ada waktunya keyakinan dapat dicapai hanya dengan melihat tanda-tandanya. Begitulah Allah, kita tidak perlu melihat-NYA dengan mata untk mengakui keagungan-Nya.Cukup dgn melihat ciptaan-Nya!
*petikan dr SOLUSI

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...