>

nuffnang

Followers


welcoming wish

Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati-hati kami kepada agama-Mu dan tunjukkanlah kami kepada jalan ketaatan

Wednesday, November 14, 2012

LUANGKAN MASA SEKEJAP-MEMANFAATKAN WAKTU



Assalamu’alaikum..Hari ni, kita umat Islam menyambut awal Muharam, tahun baru. Aku harap semua orang x lupa baca doa akhir tahun & awal tahun tadi ye..and lagi bagus andainya korang tutup tahun lepas atau mulakan tahun baru dengan bacaan Yaasin..Alhamdulillah aku dan anda-anda semua yang baca post ni, masih lagi dapat bernafas di muka bumi Allah yang serba indah ini. Oklah xmau melalut panjang, malam ni aku nak kongsi serba sedikit ilmu yang aku ada. RUQYAH AL-QURAN DALAM MENANGKIS KEJAHATAN JIN DAN SIHIR @ MANZIL. Okey seram sejuk juga aku taip benda ni, tapi takper ilmu elok kita kongsi yer tak?
Okey sebagai pendahuluan, Al-manzil merupakan beberapa ayat Al-Quran yang telah diajar oleh Rasulullah S.A.W kepada sahabat r.a. sebagai ayat syifa’, ataupun ayat penyembuh/penawar daripada beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani. Ia juga diamalkan sebagai pelindung atau pendinding daripada sihir, guna-guna, dan khianat manusia. Ada 2 cara mengubati pesakit dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran iaitu;
1.       Pesakit sendiri yang membaca ayat-ayat tersebut;
2.       Orang lain boleh membacakan dan menghembuskan ke dalam air dan air tersebut diminum oleh pesakit tersebut.
Jadi, eloklah kita amalkan Al-Manzil untuk perlindungan diri kita daripada benda-benda yang tak elok. Lagi bagus kalau korang amalkan pada waktu pagidan petang iaitu sesudah solat solat subuh dan asar.  Ayat-ayat Manzil terdiri daripada :
1.       Surah Al-Fatihah
2.       Surah Al-Baqarah ayat 1-5, 163, 255, 256, 257, 284, 285, 286
3.       Surah Al-‘Imran ayat 18, 26,27
4.       Surah Al-A’raf ayat 54, 55, 56
5.       Surah Al-Isra’ ayat 110, 111
6.       Surah Al-Mu’minun ayat 115, 116, 117, 118
7.       Surah Al-Saffat ayat 1- 11
8.       Surah Al-Rahman ayat 33-40
9.       Surah Al-Hashr ayat 21-24
10.   Surah Al-Jinn ayat 1-4
11.   Surah Al-Kafirun ayat 1-6
12.   Surah Al-Ikhlas
13.   Surah Al-falaq
14.   Surah Al-Nas
Okey, selamat beramal. Salam awal muharam semua..
Sebelum aku akhiri post ni, aku nak kongsi lirik lagu nyanyian kumpulan Hijjaz,  Pesona Cinta . enjoy ^_^


Tuesday, November 13, 2012

SELAMAT MEMBERI KASIH SAYANG SESAMA KITA



Assalamu'alaikum..。◕‿◕。      
ceewah tajuk xbley blah! = = '
hehe..xpe2, teruskan membaca sebab benda ni berguna dan berfaedah dari mengarut kan..^_^



Hargai ibu bapa
Selalu telefon apabila bejauhan.
Jangan lupa kirim wang walaupun sedikit (andai sudah bekerja ).
Beri hadiah pada hari penting (Hari Ibu, Hari Bapa dan hari lahir).
Cium tangan ibu bapa.
Apabila sudah berkeluarga, selalu pulang ke kampung kerana mereka rindu untuk bertemu cucu.
Minta pandangan mereka dalam menyelesalkan masalah.
Pulang apabila mereka sakit.

" SAYANGILAH IBU & AYAH ANDA, JANGAN SAMPAI MEREKA TERLUKA"
Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum seles
ai.

Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi:
Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.


Hargai suami
Selalu berikan senyuman.
Berhias untuk suami.
Masak masakan kegemaran.
Minta pandangan suami jika ada masalah.
Selalu urut suami.
Menjaga maruah suami.
Puji suami di depan keluarga atau orang lain.
Beri hadiah hari jadi.
Pandai mengambil hati.
Selalu memberi sokongan apabila suami ada masalah.
Membina hubungan baik dengan keluarga suami.
Minta izin suami sebelum buat sesuatu.
Mohon maaf dengan suami sebelum tidur.

Hargai isteri
Ingat tarikh penting bersama isteri (ulang tahun perkahwinan, hari lahir).
Ingat tarikh lahir anak.
Bantu isteri melakukan kerja rumah.
Ungkapkan kata cinta sebelum tidur.
Selalu beri pelukan dan kucupan.
Membina hubungan baik dengan keluarga isteri.
Ucapkan terima kasih apabila bersama.>
Selalu memberikan kejutan menggembirakan.
Selalu berpenampilan segak (isteri dipuji apabila suami bagus).
Memberikan kemaafan.
Panggil isteri dengan panggilan yang manja.
Puji isteri depan anak dan keluarga.
Berikan hadiah apabila isteri melahirkan anak.

Hargai anak
Selalu memberi pujian ikhlas.
Galak anak melakukan yang terbaik.
Beri hadiah atas kejayaan anak walaupun kejayaan kecil
Selalu beri pelukan.

Yang penting, kasihilah mereka dengan seikhlasnya, bukan untuk ditunjuk-tunjuk. okey babai..

Sunday, November 11, 2012

Khas buat Cikgu-Cikgi sekalian



ASSALAMU’ALAIKUM!!   {^◕‿◕^}

Salam semua..musim cuti sekolah dtg lagi. Weeeehhhuuuu!! (bajet mcm cikgu) ^-^  haha . Best lah jadi cikgu. Alamak!!perlu ke aku tukar profession?? *Wink*Wink* 
Ni nak cerita. Last week n several weeks yg lalu, time on the way aku balik umah, kan umah aku dlm taman. So ramai lah org yg aku selisih kan..
X semena-mena 1 hr tu, ramai sgt adik-adik senyum kat aku, padahal aku xkenal..kalau aku je yg x kenal xpe llah lagi. Ni aku confirm punya adik-adik tu pun x kenal aku. Mcmana adik-adik tu nk kenal aku plak kan, x logic sbb aku orang baru kt c2. Aku pun belek2 lah kottt2 ada salah ke baju n tudung yg aku pkai. Ohh x da yg salah. Pelik, pelik n pelik..tapi aku buat xtau je bende tu..
Last week, baru aku perasan kenapa..ada seorg adik ni, jumpa aku siap bg salam lagi. “Assalamu’alaikum kakak” Ok for sure dia xkenal aku kan? Xpe lah jawab je salam adik tu sambil senyum macamni *^_^*
Conclusion aku adalah, adik2 ni ‘ditarbiah’ oleh guru-guru di sekolah mereka supaya sentiasa bg salam n senyum even berada di luar sekolah..Ohh kalau la aku dah ada anak, nak je hntar kt skolah ni (sekolah belakang flat aku duduk, Taman Pauh Indah)..sejuk hati aku tau  。◕‿◕。     sungguh tinggi budi bahasa yg diterapkan..Wahai warga pendidik sekalian, didikan yg mcm ni lah yg kami cari untuk didikan anak bangsa kita yg telah hilang nilai-nilai murni.Setiap pagi before aku keluar bekerja, aku selalu dengar bacaan Quran dari sekolah ini. Patot lah aku rasa sgt tenang duduk kt taman ni, walaupun kalau tgk, mmg serba-serbi kekurangan lah..So far aku tengok, masalah social dari kalangan remaja-remaja pun xdak kt cni..xmcm sesetengah flat yg aku tengok time survey cr umah hari tu, perghh xpyh ckp la anak-anak muda dia..Warga pendidik sekalian, kami mohon anda treus berkhidmat mendidik anak bangsa kita dengan penuh keilkhlasan, agar tidak ada lagi pelajar-pelajar yang tercicir..Teruskan mendidik kerana kerjaya anda semua sgt mulia..
Teringat pulak kt cikgu-cikgu tersayang time aku kt Sekolah Kebangsaan Sik, Sekolah Kebangsaan batu Lima, Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam, Sekolah Menengah Kebansaan Agama (Perempuan) Kangar, Perlis, dan ketika aku menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sesungguhnya mereka semua terdiri dari kalangan insan-insan hebat dalam diri aku. Semoga jasa-jasa anda diberkati selalu..Anda semua

hati saya..

Thursday, November 8, 2012

Dakwah : Persepsi Kita & Mereka

Assalamu'alaiku..Salam Jumaat, penghulu segala hari.
Saja - saja je nak kongsi gambar diatas. ^_^  Ramai antara kita yang punya alasan tersendiri mengapa kita takut untuk berubah, takut untuk menegur. walaupun sebenarnya teguran dari org sekeliling kita merupakan TEGURAN DARI ALLAH SECARA TAK LANGSUNG. Ada seorang teman saya pernah berkata, "eley orang pakai tudung labuh n pakai kopiah pun buat dosa". ye..kita kan manusia? Umi saya pernah berpesan, JANGAN SESEKALI PELIK DENGAN PERANGAI ORANG YG NAMPAK LUARANNYA TIADA MASALAH TAPI MELAKUKAN DOSA, MAKSIAT DLL. SEBAB, DIA SEDANG DIUJI. sepertimana firman Allah S.W.T, "Adakah kamu merasa berima sedangkan kamu belum diuji?". Tambahan lagi, pesan Umi, jangan sekali-kali pandang rendah kepada orang yg melakukan kesalahan kerana mungkin 1 hari nanti kita juga akan diuji sebegitu. Apa yang kita boleh lakukan hanyalah sekadar mendoakan mereka, jgn sekali-kali membenci. Alamak! lari tajuk ke aku ni?? hewhewhew ^_^ Apa-apa pun, chiao dulu1 Salam...^_^

Wednesday, November 7, 2012

I'm Lawyer to be



Dah 2 bulan aku dalam firm ni untuk menghabiskan tempoh 9 bulan chambering. So within this period, I’m lawyer-to-be. Kalau ikut pengalaman kawan-kawanku yg chambering di KL, mmg tersangatlah sibuk dan ada kemungkinan besar terpaksa pulang malam..aku sgt bersyukur sbb aku Cuma di Penang, tak busy mcm di ibu kota. Kalau ikutkan opinions lawyers, ramai yg suggest aku chambering kt KL je sbb byk pengalaman bakal dikutip di sana. Tapi bagi aku, cukup lah di Penang je..bukan sbb aku MALAS atau yg seangkatan dengannya, tapi aku mencari keredhaan suami..cukup lah berenggang time aku jadi student (pegang title wife and student serentak). Tambah2 lagi, husband aku kerja di Penang..lagipun aku ada matlamat tersendiri.

Being a lawyer, aku harap aku dapat bantu org ramai, especially org kampong. Ada jugak setengah2 org yg ckp, “ala. Jd lawyer penipu je, pastu telan duit orang”. Kat cni aku nak tanya, orang yg kija lain2 tu xda yg penipu ke? Kalau dah namanya x ikhlas bekerja, mmg la kuat menipu! Letak la dlm bidang apa pun. Semua tempt ada org jahat n org baik. So pilih sendiri lah nk yg mana 1 kan?? Semuanya bergantung pada niat, jadi jgn sedap2 je menghentam orang…bagi aku, aku pilih bidang ni sebab aku nk tlg orang ramai. Seronok & puas bila client dtg opis & kita boleh attend client, dan lepas tu client tu rasa yg kita ni membantu dgn penjelasan2 yg kita bgtau..aku boleh bayangkan macammana berada di tempat mereka, know nothing about law, know nothing about money that they paid for us. Normal lah kan kalau client tanya apesal mahal sgt kena bayar, dah nama pon dia x tau pape..explain jer la..apa2 pon, lawyer to be kt luar sana, gunakan sijil anda untuk membantu bukan membantut. Moga kita sama2 dpt berbakti kpd masyarakat. Jangan sekali-kali take advantage atas kepercayaan yg kita dapat. ^_^

Monday, November 5, 2012

10 Fakta Tentang Awak..yer Awak yg tgh baca post ni...^_~

1.  You are reading this right now
2.  You are realizing that it is a stupid fact
4.  You didn't notice i skipped three
5.  You are checking now
6.  You are smiling
7.  You are still reading this even though it is stupid
9.  You didn't realize i skipped eight
10. You are checking again and smiling about how you fell for it
11. You're enjoying this
12. You didn't realize there's only supposed to be ten fact

^_^

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...